Sayang? Tidak akan pernah pudar.

Assalamualaikum and Hello.

Di atas bumi ni, kita sebagai makhluk Allah. Kita manusia. Ada perasaan. Perasaan sedih, gembira, sayang, cinta, tertekan dan semua ada. Aku yakin, semua orang akan rasa semua tu. In fact, aku memang ada semua perasaan tu. Tapi aku tak tunjuk. Tak tunjuk yang kita ni tengah sedih ke menangis ke. Sometimes, kita terpaksa buang dan sembunyikan perasaan sedih, tertekan atau yang sengkatan lah bila berada dengan orang yang kita sayang. Kita akan tunjuk yang baik je. I mean, buka dari segi kelakuan. Sekarang fokus dari segi perasaan. Kita akan tunjuk dekat dorang yang kita ni tengah gembira sangat, tak tunjuk sikit pun yang kita tengah sakit hati, sedih or what else. Kenapa? Dah nama lagi orang yang kita sayang, takkan kita nak tunjuk yang kita ni lemah, sedih semua tu. Mesti kita nak dorang tengok kita happy. Kan? But in fact, susah kan? Susah nak letak senyuman yang betul-betul ikhlas bila kita tengah sedih.

.....

Aku ada seseorang. Seseorang yang telah mengubah cara hidup aku. Aku taknak cakap siapa tapi kalau yang dah kenal tu bagus. Aku dah kenal dia almost 3 years. Aku boleh nampak perubahan dalam diri aku sendiri kerana dia. Dulu, aku boleh cakap diri aku ni lebih kepada macam emotional something like that. Bila kenang balik, memang aku akan terfikir "Apa aku dah buat dulu? Kenapa aku macam tu dulu?" Memang. Memang semua persoalan muncul dalam fikiran dan aku sendiri tak boleh nak jawab soalan tu semua. Bila aku ada tercakap benda yang tak patut, dia akan tegur aku. Bila aku ada buat salah, dia akan tegur. Disebabkan teguran semua tu lah, aku rasa sayang dia. Aku anggap dia dah macam sibling aku dah pun. Entah. Tak tahu kenapa. Mungkin Allah swt nak tunjuk sesuatu dekat aku. Mungkin juga Allah swt hantar dia, kenal dengan aku dan aku mula rapat untuk buka hati aku ni terima kehidupan yang lebih baik. Dan aku rasa semua kemungkinan tu, dah jadi kenyataan. Banyak perubahan dalam diri aku in just 3 years. Alhamdulillah.

.....

Bila dah lama kenal. Rasa sayang tu tak pudar. Aku mengaku, aku sayang dia macam adik beradik aku dan aku biasakan dia sebagai adik. Sometimes, bila aku ada masalah, aku akan kongsi dengan dia. Dia ni seorang yang sensitif. Dalam 3 tahun tu juga banyak yang berlaku. Ada salah faham. Ada yang anggap dia digantikan dengan orang dia. Aku tak pernah buat tu. Aku selalu cakap aku sayang dia macam adik beradik. Bila ada masalah yang berkaitan dengan dia which is (orang yang aku sangat sayang) dan bila aku tak tahu nak buat apa, buntu aku akan cari my queen in my life, Mama. Aku cerita dekat mama. Aku tak tahu, aku buntu. Sebab tu mama tahu serba sedikit pasal dia. Mama dia, aku anggap macam mama aku juga. Hero dia (Ayah), dah meninggal. Aku simpati. Aku dapat rasa apa yang dia rasa. Setiap kali dia tweet pasal arwah ayah dia, aku sedih. Aku menangis sebab aku tak dapat selalu ada disamping dia bila dia sedih, bila dia menangis. Aku nampak sangat yang dia tipu. Tipu bila dia cakap dia ok. Aku tahu. Tapi aku taknak paksa. Aku memang teringin nak comfort dia bila dia sedih. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang sedih, menangis dan lemah sebab it's hurt me so much. Aku rasa sakit. Sangat.

.....

Dia terlalu sayang arwah ayah dia. Sayang tu tak akan pudar dalam dirinya terhadap arwah ayah. Siapa tak sayang parent sendiri kan? Harini (12/12), tarikh lahir arwah ayah dia. Aku dapat rasa sekarang, dia tengah sedih, menangis. Aku dapat rasa sangat :(

Ya Allah..
Aku mohon sangat kepadaMu agar kuatkan lah diri dia untuk menghadapi ujian Mu.
Aku tahu dia kuat Ya Allah. Aku tahu dia dapat hadapi semua ujian Mu.
Tetapi aku mohon, berikanlah dia kekuatan supaya dia tidak rasa lemah. Walaupun sedikit.
Aku mohon Ya Allah...
(AMIN)

.....

Thank you for everything. Sis tahu, sis bukan kakak yang terbaik. But I have try my best. Sis tahu harini tarikh lahir arwah ayah, so Happy Birthday Dad. May Allah swt bless his soul. Amin..
Sis tak berada di tempat adik, but sis dapat rasa semua kesedihan tu. Sis tak sanggup adik tanggung sorang diri. Sebab tu, sis minta kongsi kesedihan tu dengan sis. Sis tak paksa. Adik tak suka dipaksa. Sis tahu. Sis cuma tak sanggup tengok adik selalu sedih. You're amazing little sister I ever had. I hope you will always be strong. No matter how difficult the situation is, remember Allah swt is always by your side. If you don't want to share your pain and the problem with people, it's ok. You have Allah swt, the Greatest one :)
I love you no matter what happen, adik.

-DEAR READERS, MARILAH KITA SEDEKAHKAH AL-FATIHAH UNTUK ARWAH AYAHNYA. SEMOGA ARWAH BERADA DISAMPING ORANG YANG BERIMAN. AMIN..

(maaf kalau ada salah cakap. that's all for tonight. Assalamualaikum)

♔ Gracias / Thankyou For Reading . 'MuchLove♥' ♔

No comments:

Post a Comment