Ciri-Ciri Lelaki Yang Perempuan Suka

Hallo rakyat jelata yang cantik dan handsome . First , hati gelenya nok update pasal sifat-sifat , ciri-ciri dan yang sama dengan waktunya lah kan . Haha , it's about ciri-ciri lelaki yang GIRLS suka okay suka . REPEAT "SUKA" . Faham ? Bagus :D Haha , muah sikit :* So , malas nak cakap banyak . Boys , please baca ni okay kalau awak-awak semua mahu dihargai dan disayangi dengan sepenuh hati oleh perempuan . Ceyh -.-' ayat memang tak bole blah ah --' Haha , baca ni okay baca !

# Lelaki tulin
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki. *GELI OKAY GELI KALAU BUKAN TULIN*

# Lelaki yang berharga

Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga. *LELAKI LUAT CEMBURU? LELAKI LEMAH OKAY*

# Lelaki yang teguh jiwa

Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita. *MENANGIS? HARGA DIRI HILANG DAH TU*

# Lelaki yang sederhana

Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri. *TAK PERLU MENINGGI DIRI DANG TAK PERLU HUMBLE SANGAT :)*

# Lelaki yang cantik

Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya. *SEE? CANTIK DARI HATI :)*

# Lelaki yang punya pendirian

Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji. *I LIKE THIS*

# Lelaki yang kemas bersih

Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak selekeh. *LELAKI YANG KEMAS NAMPAK MACAM SASA OKAY [MELT] HIKHIK*

# Lelaki yang cerdik

Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan. *PENTING NI PENTING*

# Lelaki yang cekap

Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu. *TOLONG FAHAM INI*

# Lelaki yang bijak

Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya. *BAGUS*

# Lelaki yang tabah

Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas. *RILEKS NAMPAK COOL OKAY*

# Lelaki yang berwawasan

Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif. *PENTINGKAN KERJAYA DAN PELAJARAN BUT JANGAN LUPA PADA PASANGAN OKAY*

# Lelaki yang baik

Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. *IMPORTANT*

# Lelaki yang sopan

Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati. *NAMPAK SANGAT BAIK KALAU TAHU MENGHORMATI ORANG TUA . HEWHEW*

# Lelaki yang mengasihi

Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu. *BANYAK GIRL RASA MACAM NI*

# Lelaki yang ceria

Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu stress dan berkerut-kerut dahinya. *LELAKI YANG CERIA? OLIE PALING-PALING NAK YANG MACAM NI , SPORTING + SEKEPALA DENGA OLIE. WEEE :D*


Haa , dah baca kan ? So , harap gentlement-gentlement dekat luar sana tu . Hargai okay . Pleaseee lah . Kalau anda semua mahu dihargai , hargai lah perempuan tu dulu . Okay ? Sebab apa ? Baca sekali lagi dekat atas nih , kalau still tadak faham okay ? Jadi , renung-renungkan lah . Byebye :* 


♔ Gracias / Thankyou For Reading . 'MuchLove♥' ♔