I will miss all of this moment :')

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)

"EH , AWAK SEMUA ADA PERKHEMAHAN NANTI BULAN JUNE NI . DAH TAHU KE BELUM ?" .. "HAH ? BILA CIKGU BILA ?" .. "TAK SILAP SAYA 13, 14 DAN 15 JUNE NI LAH" .. "LAA , LAGI 3 MINGGU LAH KAN CIKGU ?" .. " KIRA SENDIRI LAH AWAK OLIE" .. "OH , OKAY CIKGU . SAYA TANYA JEA PUN ." Aku mula rasa excited gila bila dapat tahu ada camping *muka excited johan* Aku entah kenapa , tak boleh kalau dengar jea ada camping terus jea aku offer diri . Hah , mulalah aku terus tulis nama aku , kawan aku semua . Lantak lah dorang nak kata apa pun kan . Haha , jahatnyaahh aku . Kali ni keEXCITEDTAN aku tu bertambah bila dapat tahu camping tu dekat air terjun . Yeah , dekat Lata Belatan , Setiu :D Ohmaiigosh ! Aku rasa macam "WOW WOW , betul ke ni betul ke ni ?!" Kan ? Haa , lebih kurang macam tu lah . Kawan aku mula rasa nak lempang aku bila aku excited takde tahap ni . Kalau dorang lempang aku pun aku tak rasa apa pun , al maklumlah kan . Camping wei camping . Kawasan air terjun pulak . Siapa taknak . Kan ? Kau taknak , blah ! Lol . Time tu , lagi 3 minggu nak camping . Kebetulan habis minggu ketiga tu , then minggu seterusnya tu cuti pertengahan tahun . Nah , dalam 2minggu tu lah aku dan kawan seperjuangan aku buat latihan kawad . Nak tahu apa unit uniform aku ? Nak ? Okay , apa lagi kalau bukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia ! Yeah , unit uniform yang paling aktif di sekolah aku . Haha , kitorang punya kawad ? Fiuhh ~ bukan sekali mantap , triple kali mantap weh . Ewah , berlagak nak mati :p Chill *senyum nampak gigi* Tapi memang betul pun bomba paling aktif di sekolah aku . Kalau nak kata Pkbm pun aktif jugak . Tiap-tiap tahun dan sejak dulu lagi , bomba dan pkbm selalu menjadi saingan . Dua tu jea tiap-tiap tahun . Yang lain aku tak kata tak aktif , yang lain tu cuma memerlukan lebih kerjasama . Yeaa , apa yang penting ? Kerjasama ~ Bagussss *clap-clap* Gila , menyampah aku bila buat macam tu . Haha . Diam ! Kang aku baling buah durian 3 bijik kat muka tu kan . Okay , sebelum cuti tu pihak sekolah semua busy untuk urus perkhemahan lah kan . Murid semua kena ambil surat kebenaran bagai , tu lah ni lah . Lepastu kena hantar sebelum ni tu . Bayar ni tu . Aku pulak rasa macam serabut tengok semorang sibuk . Lewl . Dalam cuti kitorang Kadet Bomba buat latihan . Aku punya excited gila , balik sekolah , start jea hari pertama cuti , haa dah cari dah beg baju semua . Gila kau azwan ali ! Semangat nak mati kot kan aku -.- Nak gelak pulak aku bila ingat balik . But , camping ni diberi khas untuk form1 , form2 and form4 . Yang form3 semua adik aku ni semua , cakap nak pergi nak pergi . Alahai , kesian aku dekat dorang . Aku ni , try lah cakap dengan cikgu . Alhamdulillah , boleh dua tiga orang . Tak silap lah . Then ada yang taknak pergi pulak . Haih , geram pulak aku nak baling tomato dekat muka dorang . Kata nak pergi , bila dapat taknak pergi pulak .

13/6/2012 (Rabu)
Pergi sekolah macam biasa , pukul 7 pagi . Sampai sekolah , peserta perkhemahan kena pergi Roll Call dulu , then kumpul dekat Dataran Ilmu . Okay , kira cukup 7 kontijen . Yang jenis datang lambat pun ada , kena tinggal dengan bas baru tahu . Nasib baik sempat . Kitorang bertolak dalam pukul 8.10 macam tu . Dalam pukul 11 kitorang sampai . Bas bomba yang sampai dulu . Mana taknya , driver bas tu bawak bas laju gila . Takut aku -.- Turun jea bas tu , whoaa :'O Nak kata terkejut tu tak lah , tapi tengok sekeliling hutan . Depan belakang kiri kanan hutan wei hutan . Yelah , nama lagi tempat tu , Hutan Lipur Lata Belatan . Air terjun , domm doomm bunyi . Ewah , banyak lah bunyi macam tu --' Shennjukkk ngat-ngat tempat tu . Nyaman :'D Then , satu persatu kontijen sampai sampai lah cukup 7 kontijen semua . Lepastu , kitorang diarah masuk ke tempat perkhemahan . Beratur , dengar cikgu dan urus setia cakap . Tak tahannya aku kena duduk dalam dorm -.- Bengs betul ! Camping amende macam ni kalau tidur dalam dorm . Kan ? But , bukan aku sorang . Dah ditetapkan , paling maximum 15 orang satu kontijen kena tidur dalam khemah , selebihnya tidur dalam dorm . Aku dapat idea yang bernas . Haha , bernas lah konon . Aku tarik Adibah then cakap .

"WEH , KITA PERGI KE DORM DULU . PILIH TEMPAT YANG SESUAI . AKU MALAS NANTI KORANG MENYAMPAH BILA TENGOK AKU PANAS BAGAI NANTI MALAM NAK TIDUR"
"HAA , OKAY JUGAK TU . JOM LAH "

Bila cikgu cakap , "okay boleh pergi dorm" . Aku apa lagi , bangun terus lari . Haha , Adibah penin cari mana aku . Aku dah ada kat atas . Kahkahkah . Bongok betul kawan aku sorang ni . Adibah datang dekat aku dengan muka blurr dia . Haha , then kitorang masuk dorm , okay , luas . Bagus . Dorm pun okay lah , cukup lengkap semuanya . Masa tu , aku dah terfikir , aku tak boleh panas , aku harap ada kipas . Masuk sekali dorm tu , nahhh , kipas gedebakk besar ! Kipas besi tu dia bagi . Gila , perli aku ke ? --' Haha , tapi alhamdulillah lah kan . Tak lah kepeluhan aku . Bukan aku , I means , semorang yang tidur dalam dorm tu . Lepas tu , first day aktiviti kitorang lepas solat zohor tu Orientaring / Pertolongan Cemas . Yeah , aktiviti yang aku masuk Orientaring . 20 orang satu kontijen , 10 orientaring , 10 pertolongan cemas . Dia pecahkan kat situ . Masa aktiviti ni , biasalah kan , orientaring kan kena guna compass . Aktiviti ni , kitorang dapat satu pengalam weh . Pengalaman yang tidak dapat ku lupakan . First kena cari lah gambar , checkpoint satu persatu kan . Sepuluh tempat kosong kena isi , then yang akhir sekali tu kitorang kena buat satu tugasan . Aku rasa Shanan tersalah pilih kertas -.- Err . Tugasan yang gila babeng lah weh . Nak tahu apa . Tugasan terakhir yang kitorang kena buat "SETIAP SEPULUH PESERTA KENA HANTAR KERTAS NI KE MEJA URUS SETIA DENGAN MUKA LANUN BERKEADAAN MUKA YANG BERCONTENG" Dia dah siap sertakan tempat membakar , I means arang semua ada kat checkpoint terakhir tu . Woii , kejam nyahh urus setia semua ni . Apa lagi , nak taknak kitorang perlu conteng jea muka ni haa . Dah macam orang gila tu tak lah , tak betul pun boleh yang tepi jalan tu -.- Lewl . Malam hari pulak ada malam kebudayaan . Kali ni , malam kebudayaan terus buat malam pertama kitorang camping . Malam kebudayaan memang the best lah . Bomba buat lakonan dan nyanyian . Tapi aku tak masuk malam kebudayaan . First , lakonan bomba buat pasal yang boleh beri pengajaran lah . Nyanyian bomba buat dikir barat wei . Haha , kau ada ?! *angkat kening* Nasib baik ada si Azam . Dia tukang karut . Suara pun best sangat . Baru form2 , untunglah kecik-kecik dah ada suara macam anuar zain weh . Malam tu habis dalam pukul 12 lebih . Kitorang tersangat lah letih , apa lagi . Masuk dorm , tukar baju , terus tidur .

14/6/2012 (Khamis)
4.45 kitorang dah bangun . Tapi , senanya rasa berat gila kot nak bangun , nak buka mata ni haa . Letih sangat . Terpaksa , pukul 5.30 dah kena ada kat dewan solat untuk solat subuh berjemaah . Tapi , hari kedua ni masa yang aku tunggu . Memang masa dekat sekolah , belum naik bas tu dah memang aku tunggu untuk hari kedua . Kenapa korang tanya ? Kawad Kaki / Jungle Trecking / Masakan Rimba weiiii . Yang pagi tu pertandinga kawad kaki . Bomba cabut nombor , dan bomba kena kawad akhir sekali . Takpe , okay lah tu . Ada time untuk latihan sikit demi sedikit yang mana tak dapat nak catch up tu kan . Kawad bomba jangan tanya boleh number berapa . Haha , fikir sendiri lah . Bebudak Krs , Pbsm , Pengakap puji kawad bomba . Aku ni kembang semacam . Kahkahkah . Kesah pulak aku . Tapi , alhamdulillah lah kan :) Dalam masa 2minggu cuti latihan tu , hasilnya menggembirakan . Lepas kawad tu , apa wei apa ? Jungle Trecking weiiii . Fiuhh ~ Dah lah kawasan hutan lipur , air terjun pulak . Ohmaiii , nyaman . Memang rugi lah siapa yang tak pergi tu . Kitorang akan daki bukit untuk pergi ke Gunung Tebu but , kalau nak daki sampai ke gunung tebu tu memang tak larat . So , urus setia cakap , kitorang akan daki sampai ke Sungai Y sahaja . Hamboihh , jangan gelak korang yang tengah baca ni . Nak daki bukit sampai Sungai Y ni pun mengambil masa sejam setengah weii . Letih woihh tapi happy :D Rugi , rugi dan teramat lah rugi korang yang tak pergi tu . Haha , ayat aku memang macam mintak lempang dengan orang yang tak dapat pergi tu . Lewl , kesah pulak aku :p Be jelly pleasee . Hahah *dancing* Kitorang start daki dalam pukul 11 pagi cenggitu lah , tak ingat lah aku . Wany jalan dengan Leley . Adibah dengan Pali , aku dengan Afifi yang comel . Haha , alololo . Afifi tu lelaki okay . Dia tinggi , nama pun dah comel . Kahkahkah . Kembang lettew :p Pukul 2 kitorang sampai dekat Sungai Y . Dan dekat kawasan tu jugak kitorang akan buat masakan rimba . Haha , jangan tanya aku apa yang dah jadi dengan masakan rimba kitorang . Korang ingat senang nak masak guna alat hutan ni ?! Hah hah ?! Aku baling carrot tepat dalam mulut korang kang , tak pasal pasal masuk hospital 40 hari 40 malam . Haha . Urus setia sediakan buluh untuk kitorang masak nasi dalam tu . Then , ada tepung dan majerin untuk kitorang buat roti . Hah , kau bayangkan masak roti macam mana . Lilit doh roti tu dekat dahan kayu yang kecil . Terpaksa pulak kena cari dahan kayu . Kikis pulak kulit kayu tu , then turun dekat kawasan air basuh kan , takkan nak lilit doh roti tu dekat kayu yang kotor cenggitu ? Tak pasal kurang markah kitorang . Lepastu dia bagi tiga bijik telur . Si kapten kitorang , Major Surgent Fahmi suruh Adibah ambik tanah liat  campurkan dengan air sikit nak kasi tanah liat tu lembab sikit . Nak buat apa korang tanya ? Yelah , nak tampalkan tanah liat tu sekeliling telur . Kasi telur tu duduk dalam tanah liat . Korang faham ? Tak faham , tak payah baca . Haha . Lepastu , ada 5 ekor ikan masin . Hah , bakar ikan masin tu . Aku , Shanan , Kak Mira , Asyrah , Rambo , dan Fahmi bahagian nyalakan api . Nak nyalakan api tu , Ya Allah , punya susah . Tuhan saja tahu masa tu . Ada dekat 20 minit sahaja nak nyalakan api . Tanah sedikit lembab , then aku , Shanan , Afifi pergi redah hutan cari kayu bagai lah nak nyalakan api . Gila bak kata azwan ali -.-' Nasib baik nyala api , aku yang kena kibas bagai ni haa . Aku dah lah tak boleh kena suasana panas , muka aku terus merah . Tapi , haritu tak fikir dah muka merah ke hapeee . Sebab aku nak bomba menang . Pengorbanan sangat diperlukan masa tu :') Okay , bila semua dah masak . Errr , pembetulan . Senanya nasi tak berapa masak , roti aku tak tahu jadi apa , apa yang masak lagi enak nak tahu apa ? Ikan masin weh . Haha , aku yang bakar tu . Kira untunglah tuh ikan masin sedap . Hahaha , wujudkan konsep bersyukur ye ye ye ye :D Then , urus setia cakap , pergi solat diseberang air sungai sana . Aku senanya nak kata air sungai pun tak jugak , sebab air tu jernih gila . Oh , istimewanya air kat Sungai Y tu , boleh minum tahu . Sejuk macam air dalam peti sejuk . Haa , best :D Hilang dahaga . Air tu air bukit . Hernih sangat-sangat . Kitorang bergilir-gilir pergi solat . Dorang solat seberang sungai kat atas sana . Aku punya istimewa , nampak 3 orang budak pbsm solat tepi betul-betul air tu mengalir . Aku pun apa lagi , ikut jugak lah , pergi sana . Tak jauh pun , dalam 20 langkah jea . Best weh , ambik wuduk guna air jernih tu , then solat dalam hutan tepi air mengalir . Ya Allah , nyaman sangat-sangat . Suasana hutan , buat aku khusyuk solat time tu :') Indahnya ciptaan Tuhan . Lepas solat , aku senyap-senyap main air . Kahkahkah . Cikgu tak bagi main air pun senanya . Lantak lah . Sudah main air , aku naik atas . Tengok dorang dah masak maggi . Woihh , punya syok dorang makan . Aku yang berusaha kena nyalakan api bagai ni , letih , dorang yang pulak syok makan . Haha , aku pun makan sekali . Dalam hutan , suasana air terjun , makan ramai-ramai . Best weh best (Y) Yang nasi , ikan masin , telur semua tu , untuk dihidangkan dan untuk tunjuk jea . Nama lagi pertandingan masakan rimba . Tetiba urus setia yang bernama Abang Yah , cakap .

"OKAY , YANG MANA BAWAK PHONE TU , SILA LETAK DALAM PLASTIK . KITA NAK BALIK IKUT JALAN AIR . KITA AKAN REDAH SUNGAI PARAS DADA KEJAP LAGI"

And , we were like "yeahhhhhhhhh" Best sangat-sangat lah weh . Aku teringat ada plastik lebih dalam beg aku . Aku cepat-cepat ambik then mintak phone dengan bebudak bomba yang mana nak letak phone , letak dalam plastik aku ni , aku cakap . Tak lah basah , masuk air nanti . Dalam pukul 4 kitorang start jalan balik ikut jalan air . Happy tak terkata . Redah air wehh . Basah gila kot -.- Cikgu cakap "JANGAN MAIN AIR" . Last-last , cikgu jugak yang simbah air dekat bebudak . Apa lah cikgu . Time daki tu , tak seberapa best sangat tapi bagi kitorang time balik tu memang teramat gembira lah . Tuhan saja tahu . Tak pernah kitorang happy macam tu . Semua 7 kontijen yang sertai Jungle Trecking tu , tak sah kalau tak basah . Haha . Dalam pukul 6 lebih kitorang sampai tapak perkhemahan . Muka dengan letih , tukar baju , solat asar . Then makan . Rest kejap . Tepat jam 7 malam , get ready solat maghrib dan untuk bacaan yasin . Malam tu malam jumaat kan . Then , lepas solat isyak , kitorang sambung dengan aktiviti LDK . LDK ni pecah kepada dua iaitu Logo dan Game Kim . Aku masuk logo . Malam tu , yang mana sertai jungle trecking tak seberapa nak ada tenaga . Letih sebab jungle trecking tu lah . Tapi , alhamdulillah logo kitorang siap serta dengan carta organisasi bagai , then bentang . Nah , time nih , pkbm kan memang saingan bomba . Urus setia cakap satu kontijen boleh tanya 2 soalan . Apa lagi , dorang bagi soalan 'cepumas' dekat bomba . Tapi , bomba takkan pernah ada istilah menyerah ke hapee weh . Ingat tu . Semua soalan , dapat dijawab oleh Kapten bomba Fahmi . Lepas Fahmi jawab tu , haahhhhh , senyap pkbm . Kahkahkah . Malam tu , aku yang mengantuk , bukan aku sorang lah semua orang yang letih , tetiba segar , cergas bagai . Yelah , dengar pkbm dan bomba debat . Haha , gila dibuatnya malam tu . Pukul 12 lebih , aktiviti malam tu habis . Kitorang letih yang teramat , macam biasa , terus masuk dorm dan yang mana tidur dalam khemah masuk khemah terus tidur . Begitu lah hari keduanya :)

15/6/2012 (Jumaat)
Hari ni hari last kat Lata Belatan . But , pagi tu dalam pukul 9 , kitorang ada satu lagi aktiviti , aktiviti tu ialah Halangan Komando atau Rentas Halangan . Sama jea lah . Ni yang dah macam PLKN punya . Satu kontijen tu kena pecah pulak 2 kumpulan . Means , Bomba A dan Bomba B . Aku bomba A . First , urus setia lepas pkbm A , then pbsm B . Time tengah lepas lepas tu . Aku pulak tetiba berdebar . Hoihh , nak terlepas pun ada rasa . Hahaha , gilaaa . Gurau jea . Then , tetiba urus setia cakap "OKAY , BOMBA A BANGUN" . Aku , woih woih , kenapa ceat sangat ? Haha , then , bilang sampai tiga . Kitorang terus lari naik tepi dorm , first halangan panjat dinding . Second , meniarap bawah jejaring duri . Lepastu , guna tali untuk keseberang . Then , gantung satu persatu yang macam dekat taman tu . AKu tak ingat dah nama apa . Lantak ah . Pastu , halangan yang ni best , terjun dalam air sungai . Lepastu , kena sapu kapur ke ape entah yang warna putih dekat muka . Naik pulak ikut seberang sungai , dan halangan yang last sekali . Yang ni lah yang paling aku rasa jijik gila . Apa lagi , meniarap dalam selukkkkkkkk , lumpur bagai . Ahhhhh , kotor kotor kotor ! Aku duduk belakang MekNor . PUnya nak cepat , kaki dia tersalah hempap atas lumpur tu then kena muka aku . Kena muka aku tu takpe lagi , ni masuk dalam mulut aku . Ya Allah , geram aku nak tolak si MekNor ni dalam sungai . Erhh , nasib baik halangan tu yang last . Pergi meja urus setia , dia set masa . Pastu pergi cuci . Mandi dan siap untuk majlis penutup . Majlis penutup tu disertai bagi hadiah . First , nama bomba jarang dengar tahu . Dapat jugak hamper , tapi baru empat . Aku , Adibah , Leley , Wany , Erny ni berdebar gila dah . Ingat bomba kalah . Then , tetiba Cikgu Afwa cakap "JUARA KESELURUHAN PERKHEMAHAN PERDANAN NI DIMENANGI OLEH KADET BOMBA DAN PENYELAMAT!!!!" Aku dan yang lain apa lagi , jerit lah wehhh . Lompat bagai . Urus setia terkejut . Haha , dorang gelak macam setan . Kahkahkah . Kesah pulak kitorang . Alhamdulillah , tahun perkhemahan berpihak oleh Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia .

Dari kanan ke kiri Kadet Bomba tapi tapi  yang beg pink tu bukan bomba .
Dia kadet tu . Haha , tumpang jea tu :p

Yang berkopiah kecik comel cute tu lah Kapten kitorang .
Major Surgent Fahmi . Terima Kasih kerana bagi kitorang tunjuk ajar selama ni :)

Yeah , bersama puu tersayang :*

With Ahmad Shahin :)

Me with Adibah .

Okay okay , diam korang .  Jangan gelak .
Tahu lah aku pendek . Haha , tu lah Afifi .

Begitu lah cerita aku dan kawan seperjuangan aku masa perkhemahan . Ewah , ayat tak boleh blah . Haha , Tahniah Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia sebab menang . Bangga ambee masuk bomba :D Haha . Mohon ampun sebab entry ni panjang berjelarrrrrrr . Hahaha . Byebye semua . Take care . Assalamualaikum . xoxo


♔ Gracias / Thankyou For Reading . 'MuchLove♥' ♔

Rindu Menghantui Diri Dengan Mimpi ?


Assalamualaikum evelibadi . Hip hip horey hip hip horeyy kpop boleh blahhh ~ Haha , lewl . Alololo , siapakah gerangan perempuan kecik comel molek diatas ini ? Nak tahu siapa dia ? Nanti duluh nanti duluhh . Jangan gelocoh sangat boleh tak ? Aku tahu lah dia comel . Kang tak pasal pasal 50bijik tomato melekat kat muka tu . Kau ingat ni tempat untuk cari girlfriend ke ? *sinsing lengan baju* Mohon ampun . Senanya aku rindu dia sangat-sangat weh . Bermillion ganda rindu dekat dia . Dah lama aku tak jumpa dia . Ya Allah , dah besar ke dia sekarang ? Dah tinggi pada aku ke dia sekarang ? Yelah , aku dengan dia sama tinggi jea . KOT . Kalau tinggi dia pun satu inci jea pun . Kahkahkah . Kesah pulak aku ? Yes , I admit it . SAYA RINDU NOR FATIAH BINTI KASMIYUSREE . Terlampau rindu awak . Em em *muka sedih harun salim bachik* . Dia lah segala-galanya bagi aku . Cewwah , ayat memang tak boleh blah . Now cuti 2 minggu . Sebelum cuti , kitorang dah plan baik punya lah kan nak jumpa . Then , tengok-tengok ni lah tu lah . Banyak sangat halangan . Biasa lah , kita manusia . Kita merancang , Tuhan yang tentukan . Kita tak boleh nak buat hapee :') Harini dah 4 June , lagi 5 hari nak sekolah . Sempat ke aku jumpa dia ? Sempat ke sempat ke ? Jumaat lepas , Tiah ni keluar dengan Ecah , Piah , Bihah . Alolo , nama dorang . Comel . Tiah dan Piah ada ajak aku keluar sekali dengan dorang . Yes , aku macam biasa lah kan . Aku cakap .

OKAY , NANTI AKU TANYA PAPA AKU DULU . TAKUT TAKDE TRANSPORT JEA .

Dan dan , hati ku bagai berkecai empat belas . Patah bermillion . Ohmagad . Nak spend time with my girl selalu macam ni kan . Aku tak dapat pergi . Transport takde . Papa cakap dia kena keluar pagi lagi , ada meeting lah tu lah . Okay , takpe . Malas nak susahkan papa . Aku chill . Tanya kaklin pulak . See tiah ? Aku berusaha dengan gigih nih nak cari transport nak keluar bershameeee . Ewah , cenggitu . Haha . Tapi , kaklin pun busy . Kena pergi outlet . Nampak permainan dia ? Ok . Aku tak dapat buat apa . Hanya dapat tersenyum macam kucing yang dalam cerita kartoon Oggy And The Coackroach tu .

Semalam , maybe aku terlalu rindukan kau Fatiah . Saya mimpi pasal awak kawan . Dan dan , bangun pagi ni I was like hahhh hahh ? Ape benda mimpi ni . Apa tandanya ni ? Mengucap berzikir terus aku pagi tadi . Nak tahu apa aku mimpi pasal kau tiah ? My dream was like this . Kau datang kat aku .  Time tu Ecah pun ada . Ecah muncul denagn kau . Kau datang kat aku . Kau peluk aku erat-erat sangat . Terlampau erat . Kau menangis dibahu aku . Aku just senyap . Aku tak cakap apa pun dalam mimpi tu . Dan tak silap aku aku just cakap masa kau peluk aku tu "Aku rindu kau sangat-sangat tiah" . Tu jea yang aku ingat . Kau menangis teresak-esak . Kau mintak maaf bagai . Tetiba aku pelik , kau hulur aku Rm5 . Aku ni , macam ehh ehh ? Kenapa ni , kan . Walaupun ia hanya Rm5 , tapi mungkin ada maksud Rm5 tu . Kan ? Aku tak tahu lah kan . Wallahualam . Tapi aku tak ambil duit tu , aku tolak . Then kau ambik tangan aku , kau letak duit tu kat tangan aku . Aku kata "No no , aku taknak" . Aku tengok Ecah . Aku terus bagi Ecah duit tu . Muka Ecah terkejut . Comel lah weh kau Ecah dalam mimpi aku . Haha . Ok . Sambung sambung . Pastu Ecah cakap "Eh eh , olie . Ambik lah . Aku tak boleh pegang duit ni" . Aku terfikir , tak boleh pegang ? Apa maksud tu . Nampak permainan ? Dari mula mimpi aku tu , kau yang paling kuat menangis Tiah . Dah macam kena tersingkir dalam Akademi Fantasia pulak aku tengok . Eh , boleh pualk aku bergurau . Chill :* Tapi aku pun turut menangis lah tengok kau peluk aku erat macam tu , dan menangis dibahu aku . Macam mana aku tak nangis kan . Memang Ya Allah , aku bangun pagi tadi . Muka aku basah . And aku bangun pergi tengok cermin , what ?! Air mata ?! Ok , mimpi tu macam menguasai diri aku kau tahu Tiah . Sumpah aku tak tahu kenapa . Mimpi tu meguasai diri aku . Aku masih tertanya . Kenapa kau datang peluk aku tersangat erat , menangis dibahu aku , dan kau hulur aku Rm5 tu ? Aku sangat sangat rasa pelik . Sepatutnya aku pergi dekat kau , peluk kau sebab aku yang terlampau rindu kau . Bukankah semua mimpi ni macam terbalik ? Dan yang paling unik bagi aku dalam mimpi aku tu , kenapa kau hulur aku duit tu ? Apa maksud duit lima ringgit tu ? Ya Allah . Aku berdoa mohon lah mimpi tu hanya mainan tidur . Bukan petanda pape . Aku mintak sangat Tuhan , lindungilah aku , Tiah dan Ecah . Sebab dalam mimpi tu , aku , Tiah dan Ecah jea ada .


MUNGKIN INI DINAMAKAN RASA SAYANG ANTARA KAWAN ? KAWAN SAMPAI MATI ? SAYA BERHARAP ITU SANGAT-SANGAT . AMIN :')

♔ Gracias / Thankyou For Reading . 'MuchLove♥' ♔